Wednesday

The music journey just begin...

Pejam celik, pejam celik dah 16 tahun rupanya dan selama 16 tahun ini, saya rasa segalanya baru bermula. satu jalan baru dipilih, satu pilihan baru diputuskan, dan satu kehidupan baru dicapai...

Entah kenapa dalam rasa gembira meraikan 16 tahun ini, menatap satu memori yang panjang dan penuh kemanisan, ada satu cerita dan sebab yang menyebabkan hati kita rasa terkilan, terluka. Sepanjang 16 tahun ini, dia di mata kita terlalu sempurna, dia insan yang begitu berbakat dan baik, dia tidak mampu mengundang rasa kecewa dan sedih, dia terlalu baik hinggakan kita tak mampu membenci. Tiada istilah kurang yang wujud, dia hidup di dunia sendiri. Dia hanya mahu mencari satu kehidupan yang benar-benar bermakna dan gembira. Yang mampu diisi dan disimpan untuk semua orang merasainya bersama...

Adakah orang yang begitu sempurna di dunia ini? Sedangkan Tuhan mencipta kita, sama rata....

Mungkin kita seorang yang cantik atau kacak, seorang yang kaya dan berpelajaran tinggi. Tetapi kita rasa sunyi bila ditinggalkan keseorangan di rumah. Rasa kosong tanpa kasih sayang... Mungkin kita seorang yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. tapi kita gembira dengan hidup kita satu keluarga yang tak pernah kekurangan sesuatu. Itulah makna kesempurnaan yang Tuhan wujudkan....
Saya teringin tahu sejauh mana rasa sempurna itu wujud dalam dirinya... Dia ada segala-galanya. Dia mampu memilih sesuatu yang dia suka dan cinta. Dia mampu meyakinkan kedua orang tuanya pada sesuatu yang dia harap akan terus ada dalam hidupnya. Dia mampu meletakkan seluruh maruah diri pada janji dan pencapaian yang orang lain rasa dia tak mampu untuk tunaikan. Dia terus menggenggam pada sebuah matlamat yang orang lain tak pernah kisah dan memandang dengan remeh. Dia milikki wajah kacak yang setiap orang rasa ingin ada di sisinya. Dia punya bakat yang tak mampu dipelajari orang lain, mencipta lagu, bermain lebih 18 jenis alat muzik, belajar bahasa, mengarah filem, dan vokal yang mantap, mencipta revolusi muzik, mempertahankan tradisi masyarakat sendiri, hanya dia satu-satunya. Dia tak pernah rasa penat mencuba, mempelajari, dan mencipta. Dia selalu mengukir senyum, membuatkan seluruh dunia turut rasa gembira. Dia tak pernah jijik untuk melutut, bertanya dengan peramah dan memeluk seorang kanak-kanak, di situ dia nampak masa silam penuh gelak tawa dan polos. Dia tak pernah rasa jijik untuk duduk dan bermain air di tepi sungai. Dia tak pernah rasa jijik menjamah makanan yang dimasak oleh orang yang tak dikenali. Dia tak pernah rasa kesal dan malu menjadi seorang yang mesra alam, walaupun menyimpan air kencing sendiri, mengutip sampah yang ditinggalkan orang lain. Dia tak pernah marah dan memandang rendah kepada orang lain, walau berdiri di tahap yang berbeza, walau memegang satu ijazah dan tidak yang berbeza. dia menerima semua orang dan apa saja yang mereka lakukan. Dia akan diam dan senyum dengan mesra walau apapun yang orang lain cuba persoalkan tentang diri dan hidupnya. Dia hanya menjawab dengan sabar walau setiap lontaran soalan mengguris hati dan perasaan. Dia bersikap optimis pada setiap ujian yang dilemparkan. Dia penuh daya tarikan, dia putera impian.....yang wujud dan hadir mengunci senyuman....

Tetapi dia tetap manusia biasa....

Dia ada harga diri, dia seorang lelaki biasa, dia ada maruah dan ego...Dia ada perasaan, dia ada rasa cinta, dia ada keinginan....dia ada rasa nak marah dan merungut. Dia ada apa yang orang lain ada... KERANA dia juga seorang manusia...sama seperti kita..

Walau betapa sempurnanya dia, dia sama macam kita. Kadangkala jauh dari apa yang kita mampu bayangkan. Dia.......selalu tak mandi dan basuh rambut. Dia akan pakai selipar sahaja bila diluar waktu kerja. Dia akan mempercayai siapapun yang kita katakan bila mabuk, dia selalu membuat lawak tetapi orang tak faham dan lawak itu terlalu bodoh. Dia selalu bercakap dengan perlahan. dia selalu marah dan merungut dalam bahasa english. Dia selalu berpura-pura cool tetapi dia terlalu baik. dia selalu nak nampak lebih bersifat lelaki dan jahat tetapi dia penuh dengan kasih sayang. Dia tak pandai bermain mata dengan kamera, oleh itu, wataknya selalu tak berkesan. Dia selalu menunjukkan emosi sebenar dalam temuramah walaupun sedar mereka sedang merakam. Dia terlalu optimis dan rasa semua orang mampu memahami dan menerima. Dia lebih suka membiarkan mereka terus bercakap dari dia memberi jawapan....Kerana hanya tidak mahu menjadikan sesuatu itu lebih besar dan meletihkan.....semua orang...

Adakah dia seorang yang mampu bersikap hipokrit? Memandang serong pada orang? Adakah dia mampu menciplak karya orang dan dengan penuh bangga menyatakan semua itu haknya?

Dia bukan begitu kerana......Sejak lahir, sejak dulu.....sejak 16 tahun lalu..dia penuh dengan kesucian, dia penuh dengan ketulusan, dia penuh keyakinan....Rasa hipokrit dan menipu bukan dia, kerana mereka dua orang yang berbeza......yang tidak pernah akan bertembung di satu jalan yang sama.....

Dia...yang saya asyik sebutkan adalah WANG LEE HOM, idola saya, inspirasi saya, dia segala-galanya pada saya....saya mampu hidup dengan baik tanpa dia, tetapi ia tak seindah dan semanis dengan adanya dia.... apa yang berlaku kebelakangan ini menimbulkan rasa yang sangat pelik dan menyakitkan. Kenapa selepas 16 tahun, baru hari ia muncul dan mendesak semuanya ke jalan buntu? Sedangkan 16 tahun lepas ia begitu baik dan sempurna? Adakah ia baru saja bermula dan ia adalah perjalanan muzik yang sebenar...untuknya?

Saya hanya seorang peminat biasa... saya tak mampu menyatakan betapa saya memahami dia, kerjaya dia, persoanaliti dia, sifat dia, saya tak mampu.. tetapi apa yang saya nampak itulah diri dia yang sebenar. Baik dan buruk yang saya nampak, itulah diri dia...Biar apapun yang orang lain katakan, saya yakin pada dia, saya percaya pada dia, pada muzik dia...

16tahun lalu, saya ingat lagi bagaimana kerjaya leehom bermula, dia seorang lelaki yang tak ada apa-apa, cuma seorang budak lelaki yang ghairah muzik dan tak tahu bercakap bahasa cina. Dia mula masuk dunia muzik cina pada tahun 1995, dia selalu cakap, ‘saya nak berkomunikasi dengan generasi muda melalui muzik, saya nak bawa muzik cina ke persada dunia...’

Dia telah pun buat...masih ingat chinked-out? Pada saya, itulah diri dia. American born chinese...Chinked-out music. Sebut nama Leehom, kita tahu jenis yang bagaimana dia. kita tahu style dan jenis lagu, kita tahu tone suaranya. Ia tak pernah lari begitu jauh.

Bagaimana seseorang itu boleh berkata leehom meniru lagu kesha(blow)? Ya, betul kata leehom, dalam dunia ni, bukan satu dua lagu yang sama, tetapi yang sama adalah beratus-ratus, beribu-ribu. Kenapa? Kita hidup di dalam dunia yang sama, kita guna teknologi yang sama, kita di persekitaran yang sama, kita melihat satu ruang yang sama, kita jalan di atas jalan yang sama, kita berdiri di satu tempat yang sama. kalau itu dipanggil meniru, menciplak, Saya mampu menyenaraikan begitu banyak lagi.... melainkan lagu itu sama 100% dan tidak meminta kebenaran penyanyi asal... itu mungkin satu niat yang sejak mula lagi sudah dirancang...itu boleh dikatakan menciplak. Hairannya, adakah orang yang memulakan perkara itu benar-benar faham apa itu muzik? benar-benar faham style muzik leehom? Adakah dia ada mendengar lagu leehom dari album pertama hingga sekarang? Dia dah mencipta berpuluh-puluh lagu, dia adalah penulis lagu profesional, adakah ia perlu dipersoalkan lagi? benar kata leehom, media dan seluruh dunia menganggap penyanyi hollywood seperti ‘pedestal’, pada saya dunia muzik, samada kpop, cpop, hollywood, bollywood.. sama aje. Tak ada tahap yang lebih tinggi atau rendah. Hollywood terlalu biasa. ia benda dan muzik paling senang untuk di fahami. Sebab bahasa english adalah bahasa utama dunia... jadi kelompok peminat dan dunia muzik itu begitu luas dan besar. Tetapi ia tak bermakna, dunia muzik hollywood begitu baik...pada saya ia biasa saja.... yang semua orang mampu suka, semua orang mampu faham dengan mudah...tidak ada cabaran atau satu kejayaan. Ia sekadar satu dunia muzik yang menempatkan semua penyanyi yang mahu menyanyi....
Berbeza dengan Leehom, dia mengkaji dan mencari sesuatu keistimewaan di dalam muzik cina. Walaupun dia lahir dan membesar di Amerika syraikat, dia memilih muzik cina yang dia perlu belajar setiap perkataan dan muzik tradisional yang berbeza. Soalnya , kenapa? Sama seperti saya, tulisan cina, alat muzik tradisional cina mempunyai keunikan yang tersendiri. Leehom mahu membawa dunia muzik cina, membawa kebudayaan itu di persada dunia, ke tahap yang lebih tinggi dan international, ya, dia bukan sekadar mahu, tetapi telah pun buat. bukan mudah untuk melakukannya, ia takkan selesai dalam satu hari, satu malam, ia takkan tercapai dengan kerja kuat seorang penyanyi dan penulis lirik sahaja, ia memerlukan sokongan semua pihak...TERUTAMA sekali MEDIA..

Seperti yang Leehom katakan, bukan sekali dua dia melihat situasi ini, tetapi yang berlaku terlalu lama di dalam dunia muzik. sama juga dengan dunia muzik malaysia, artis melayu.. sama saja. dunia muzik di mana-mana sama saja. tiada sesuatu tahap yang lebih tinggi atau rendah. Kita yang menjadikan mereka fenomena.. adakah mereka layak di gelar sebuah fenomena? Ya.... yang akan muncul dan hilang selepas beberapa ketika. Begitu kan? itulah hakikatnya.... dan seseorang yang mampu menjulang nama lagenda pada akhir nanti, mereka yang pada asalnya masuk ke dunia muzik, kerana benar-benar mencintai dan ingin memperjuangkan muzik.....bukan mengejar populariti.. dan orang seperti itu amat kurang sekali...

“Leehom, tolong jangan berputus asa. Asalkan awak percaya apa yang awak buat adalah betul, asalkan ahli keluarga dan peminat percayakan awak, asalkan itu yang awak nak... asalkan awak yakin.... ia dah cukup baik, jangan lupa, awak memilih muzik kerana awak betul2 cintakan muzik. jadi, jangan biarkan sesuatu yang awak suka dan sayang jatuhkan awak, selepas begitu banyak pengorbanan yang awak dah lakukan.....jangan awak sedih dan pernah kecewa kerana ia, kerana setiap kesedihan awak, setiap titisan airmata awak...saya dan semua peminat awak akan turut merasainya... awak takkan buat kami sedih, kan?..walau apapun yang berlaku, walau dunia hampir musnah, walau seluruh dunia pergi dan tinggalkan awak, walau seluruh dunia menghina dan memandang rendah pada awak, saya, dan peminat sebenar awak akan terus ada di sini... di sisi awak....akan menjadi pendengar awak hingga saat yang terakhir...”