Wednesday

Happy 16th Anniversary to LeeHom in musics career....

2011 begitu cepat berlalu....kita sudah sampai di pertengahan tahun..ada cerita tentang cinta yang mahu ditulis. ada episod baru untuk setiap perasaan..

16 tahun adalah satu tempoh yang sangat panjang. Banyak yang boleh berlaku dalam sepanjang masa itu. Mungkin kita pernah menangis kerana sesuatu yang menyakitkan dan memilukan, mungkin kita pernah ketawa kerana sesuatu perkara menggembirakan.. mungkin juga jantung kita pernah berdegup lebih laju dari biasa setiap kali terdengar satu perkataan yang mengujakan. Pokoknya, adakah setiap dari kita mempunyai satu jalan kehidupan dan kenangan yang sama? Itulah diri kita.. kadangkala..kehidupan masing-masing terlalu jauh untuk disamakan. Kita tak tahu apa yang berlaku kalau tak lalui semuanya sendiri. walau terasa berat hati, walau terasa terluka, kita hanya mampu melihat dan membiarkan. Benarkah dunia ni sudah tiada keadilan? Adakah hidup kita begitu mudah diperlekehkan? Jelek mendapati semuanya palsu. Pernah terdetik diruang hati, adakah kita menyanjung pada orang yang salah, bila semuanya diperjelaskan, rasa bersalah terus menikam diri tanpa peduli kita telahpun menyesal. Di satu sudut yang lain, kita begitu gembira dengan keindahan dan ketulusannya. Kita mencari satu sebab ia harus kekal diruang hati. Sukar untuk menjelaskan 16 tahun ini.... tetapi ia benar-banar satu perkara yang membuatkan jantung kita berdegup lebih laju.. yang selalu membiarkan hati ini setiap hari dilamun cinta.. dia yang setiap kali membuatkan jiwa ini berbunga-bunga keriangan. Bagaimana 16 tahun dihadapan tanpanya pula....? satu perkara yang kita tak tahu dan mungkin juga tidak ingin tahu.....

16 tahun yang lalu, iaitu 1995... lahirlah seorang pemuzik yang bukan sesiapa. Dia cuma manusia biasa yang begitu ghairah pada muzik dan kehidupan. Dia seorang remaja belasan tahun yang hidup demi kegembiraan. Pada 16 tahun lalu, nama Alexander Wangleehom begitu asing dalam diri kita. Siapa dia? Semua orang tertanya-tanya benarkah dia begitu istimewa? Semuanya bermula apabila dia pulang ke Taiwan untuk bercuti pada usia 17 tahun. Dia menyertai satu pertandingan nyanyian lagu rakyat dengan mempersembahkan lagu Andy Lau ‘Wang Qing shui’..walaupun dia sebenarnya tak tahu apa maksud disebalik lagu itu. Dia yang dilahirkan dan membesar di Amerika Syarikat langsung tidak tahu bercakap bahasa cina. Percutiannya kali itu adalah percutiannya yang pertama di Taiwan. Waktu pertandingan itu, syarikat rakaman nampak sesuatu pada diri leehom, lalu pengurus pertama leehom iaitu Li Shou Quan menawarkannya untuk tandatangan kontrak dengan BMG musics. Terima kasih BMG kerana nampak sesuatu pada diri leehom iaitu ‘muzik dan ketulusan’ dan membiarkan segalanya bermula...

Pada tahun 1996, waktu ini leehom bertukar syarikat iaitu Decca Record. leehom adalah artis baru yang perlu berulang alik dari Amerika Syarikat ke Taiwan demi kerjaya yang baru bermula. Dia yang masih menuntut di william college dan baru belajar bahasa mandarin, mempunyai suara yang sangat segar dengan kemunculan album pertama ‘love rival beethoven’ pada disember 1995. Album keduanya dan album ketiganya telah dilancarkan iaitu ‘if you hear my songs’ serta ‘missing you’. Masing-masing pada tahun yang sama, iaitu 1996. Pada tahun 1996, dia menerima anugerah pertama ‘Taiwan new artist’ dari The People Daily Newspaper Taiwan dan ‘Best New Artist’ dari Push Magazine Taiwan.. Apakah inspirasi dalam hidup leehom terhadap muzik? leehom mula didedahkan pada muzik sejak umurnya 3 tahun. Waktu itu dia menemani abangnya, Leo wang lee de menghadiri kelas violin. Dia rasa teruja dan berminat tetapi dia terlalu muda untuk bermain semua itu. ketika berumur 6 tahun, dia pun bermain violin secara rasminya. Walaupun lahir dari keluarga intelektual dan berada, leehom seorang yang amat berdikari. Dia pernah bekerja sebagai penghantar suratkhabar di Amerika ketika berumur 7 tahun sehingga umurnya mencecah 9 tahun. Katanya ia menjadikan dia seorang yang bertanggungjawab dan jujur. Pernah bekerja sebagai penjaga beg dan kerani video di sekolah tinggi. Wang popo(leehom grandmother), pengacara serta guru sejarah dalam ‘happy sunday’, beliau merupakan orang yang memperkenalkan leehom kepada dunia hiburan cina. Ayah leehom, David wang da zhong adalah doktor pediatrik di Amerika Syarikat. Ibu leehom pula pengurus perniagaan, merangkap pembantu akaun leehom. Leehom akan memberi semua duit yang dia dapat kepada ibunya, wang ming shu. Abang leehom, leo wang lee de adalah doktor oncology pediatrik di Chicago. Sudah berkahwin pada 5 June 1998 dengan Stacy wang, juga doktor oncology di Harvard medical school. Adik leehom, matthew wang lee kai, penuntut Massachusetts Institut Technology(MIT) dan berminat membuat kajian tentang kanser. Semasa leehom habis sekolah tinggi, dia pernah ditawarkan belajar di Yale university dan Princeton tetapi menolak dan memilih jurusan muzik di William kolej sebelum melanjutkan pelajaran pada peringkat MA Degree di Berklee college of Musics. Belajar bahasa cina pada umur 18 tahun ketika di kolej william. Selain itu dia fasih berbahasa perancis , kantonis, dan jepun. Persembahan pertama leehom adalah di K.K Disco, disebabkan dia terlalu gementar, telah menyebabkan suaranya kelam kabut.

1997..pada tahun ini kerjaya leehom semakin naik. Dia mengeluarkan album setiap tahun walaupun sibuk dengan jadual dan kuliah. Kerjayanya bermula dengan perlahan dan membuatkan semua orang ternanti-nanti. Leehom bukan seorang lelaki atau penyanyi yang muncul dengan megah dan membuatkan semua orang jatuh cinta padanya. Dia juga bukan artis fenomena yang gah pada permulaan, sehingga takut kehilangan peminat. Leehom bukan artis pasu bunga yang hanya bergantung kepada wajahnya. Dia benar-benar seorang pemuzik yang hebat. Walaupun tidak tahu berbahasa mandarin pada permulaan, ia bukan satu kelemahan yang harus diperlekehkan. Malah ia menjadi semangat untuk dia terus berjaya. Pembantunya selalu menyuruhnya membaca suratkhabar cina ‘zhuyinfuhao’ kuat-kuat sebagai latihan untuk dia fasih berbahasa cina. Semasa mendapat temuramah pertama, leehom tidak tahu apa yang pengacara sedang cakapkan. Itu menunjukkan dia harus terus bekerja keras. Ia benar, dia begitu gigih belajar sehingga dia fasih bercakap dan menulis bahasa cina. Selain itu, dia juga begitu gigih belajar bermain alat muzik, kini dia mampu bermain lebih dari 18 jenis alat muzik. Pada tahun ini dia mengeluarkan satu album penuh iaitu white paper.

Tahun 1998, tahun revolusi muzik leehom. Segalanya bermula di sini. Selepas tamat pengajian di william, leehom menandatangani kontrak bersama SonyBmg Musics sehingga sekarang. Album ke limanya pun dilancarkan, iaitu Revolution. Kemunculan album ini merupakan kejayaan yang besar bagi syarikat dan juga leehom. Ia satu revolusi muzik yang mengubah kerjaya seninya. Album Revolution memberi tanggapan yang baik dan berjaya menarik jutaan peminat untuk menyokongnya. Albumnya telah dilancarkan di kebanyakan negara di Asia dan peminatnya semakin bertambah. Pada tahun ini dia menjadi pengarah muzik untuk Springstreeters, dia juga menulis skrip dan mengarah drama pentasnya sendiri ‘the bites that burn’ yang mempunyai kepanjangan 570 mukasurat ketika tahun akhir pengajian iaitu sebagai tesis projek tahun akhir.

Pada tahun ini, 1999, leehom mengorak langkah ke arah bidang yang berbeza iaitu lakonan. Filem pertamanya, The Iron Giant bagaimanapun dia hanya sebagai alih suara mandarin. Sejarah persekolahannya, dia sudah berlakon lebih kurang 10 muzikal ketika berumur 13 hingga 21 tahun. Dia mula menerima anugerah besar seperti ‘best producer of the years’ dan ‘best male vocalist’ pada golden melody award ke 10. Waktu itu dia baru sahaja berumur 23 tahun, merupakan pemenang paling muda menerima anugerah besar. Pada tahun ini leehom membuat persembahan pertama di Kuala Lumpur diiringi KL symphony ochestra pada 18 Julai 1999. Pada tahun ini juga leehom dijemput kerajaan negara Jepun untuk menulis dan menerbitkan lagu ‘Happiness3x, Lonelines3x’ yang bertujuan bagi memerangi dadah dinegara itu. Album keenamnya ‘Impossible to miss you’ dilancarkan pada 19 june 1999.

Tahun 2000 adalah tahun yang penuh dengan cerita. Sama ada tentang cinta mahupun muzik, ia terus menjadi hidangan pembaca akhbar dan majalah, menjadi hiburan mata dan halwa telinga. Selepas 4 tahun bersama dengan Mary Bai, seseorang yang selalu leehom ingin lindungi dari wartawan dan peminat, gadis itu telah mengambil keputusan untuk berpisah dengannya. Mary Bai merupakan pelajar senior di william college. Berkongsi muzik yang sama, ternyata itu bukan satu-satunya kelebihan. Tetapi leehom bersyukur kerana dia mampu melindungi Mary dari dunia hiburan dan wartawan. menurut beberapa sumber, Mary pernah meminta leehom memilih muzik atau dirinya, dan leehom telah memilih muzik. Leehom seorang yang sangat optimistik , hingga semuanya sudah berakhir, dia hanya bertanya pada diri sendiri ‘kenapa semuanya boleh jadi begini?’. Sebab leehom sangka dia mampu mengimbangi antara muzik dan cinta. Ternyata dia tak mampu sebab dia bukan Tuhan, dia cuma manusia biasa. Pada tahun 2005, Mary telah berkahwin dan leehom pernah berkata lagu ‘Forever Love’ adalah hadiah perkahwinan untuknya tetapi Mary menolak. Pada tahun 2000, leehom hanya keluar dari apartmentnya 4 hari sahaja untuk menyambut ‘Thanksgiving day’ bersama keluarga. Maknanya dia mengurung diri di rumah selama 361 hari. Kerana perpisahan itu maka lahirlah album ke tujuhnya, ‘Forever First Day’. Pada tahun ini dia datang ke malaysia untuk showcase dan perjumpaan bersama peminat. Tahun 2000 juga mencatatkan yang leehom menjayakan satu projek ‘Tak nak Merokok’ bersama Leslie Cheung. Malah tahun 2000 menyaksikan leehom berlakon di dalam filem hongkong, China Strike Force sebagai Alex cheung bersama Norika Fujiwara, Aaron Kwok, dan Ruby Lin.

Pada tahun 2001, leehom melancarkan album terbarunya, ‘The One & Only’. malah dia turut berlakon dalam filem hongkong ‘The Avenging Fist’, memegang watak Nova bersama gigi leung. Tahun 2001 merupakan tahun yang penuh dengan kesunyian. Selepas tamat pengajian dari Berklee college of musics, leehom memberi sepenuh tumpuan kepada kerjaya seninya. Leehom sekejap ada dan sekejap menghilang. bila dia muncul, wajahnya berubah banyak. Dia mula menyimpan rambut panjang, janggut dan misai juga. Album ‘The One & Only’ membuatkan leehom memenangi 7 anugerah berprestij. Malah lagunya berada di tangga pertama di dalam carta download terbanyak. Dia menerbitkan buku pertamanya ‘wangleehom..piano lesson(the one & only)’. Buku ini memberi peluang kepada peminat-peminatnya untuk belajar bermain alat muzik dan berkongsi perasaan tentang muzik bersama leehom.

Tahun 2002 segala-galanya menjadi sangat sibuk tetapi sempurna. Leehom mula memberi penghargaan kepada peminat bila mula membuat konsert mengelilingi dunia , ‘Unbelievable world tour concert’. Leehom mula berpindah ke Taiwan dan menyewa sebuah apartment di Taipei, di wu xing street dengan membayar NTD 20,000 setiap bulan. Leehom seorang yang sangat senang, dia hanya memenuhi rumahnya dengan alat muzik, komputer, dan mikrofon. Semasa di boston, leehom tidur dilantai untuk beberapa bulan. Katanya dia tiada masa untuk membeli sofa dan katil. Dia hanya makan mcdonald yang terletak di deretan kedai berdekatan dengan rumahnya. Dia seorang pemuzik yang hebat tetapi dia bukan seorang yang sayang pada diri sendiri. dia pernah pergi kerja dan membuat persembahan walaupun tidak sihat. Leehom mula menceburi bidang hiburan jepun dan membawanya lebih jauh di negara itu. Pada tahun ini leehom telah berlakon satu filem jepun yang bertajuk, ‘moon child’ bersama Hyde dan Gackt.

2003, tahun yang penuh dengan aktiviti amal. Pada tahun ini, leehom mengeluarkan dua buah album dengan jarak masa yang agak rapat, iaitu ‘only’ dan ‘unbelievable’ masing-masing album berbahasa jepun dan mandarin yang dikeluarkan pada 9 mei 2003 dan 15 oktober 2003. Pada tahun ini SARS telah melanda kebanyakan negara Asia. Leehom bersama-sama dengan David Tao telah menulis sebuah lagu ‘Hand in Hand’ dan dinyanyikan 80 artis cina. Lagu ini kemudian menjadi ‘we are the world’ pada generasi kini. 2003 adalah tahun pertama leehom menyertai aktiviti amal selepas bergelar artis, bagaimanapun dia sudah terlibat dengan kerja-kerja amal sejak di sekolah tinggi. Di mana waktu itu dia membuat kerja amal di rumah Ronald Mcdonald, di New York. Rumah tersebut dibina bagi menempatkan kanak-kanak yang mempunyai penyakit dan ibu bapa mereka tidak mampu untuk menampung kos perubatan mereka. Leehom berkata, dia akan ke rumah tersebut dan memasakkan spagetti atau salad untuk mereka. Kini leehom adalah jurucakap mcdonald dan terus membantu kanak-kanak. ‘World Children Day’ adalah sesuatu yang bermakna bagi leehom. Mengimbas aktiviti amalnya, Lagu ‘Nature’ ditulis bagi isu persekitaran. ‘love never dissapear’ yang di tulis untuk A-mei, dan ‘Frozen Dream’ adalah mengenang mangsa gemba bumi Taiwan pada tahun ini.

Pada tahun 2004 leehom telah melancarkan album berbahasa jepun sekali lagi, ‘Hear my voice’ pada 23 July 2004. Bukunya juga dikeluarkan pada tahun ini, ‘an accidental Biography of Wang lee hom’. 31 disember 2004 leehom telah melancarkan album ke sepuluh, Shangrila. Shangrila adalah album yang hebat, chinked-out, di mana ia menggabungkan muzik barat dengan alat muzik tradisional cina. Demi album ini leehom telah ke mongolia, Tibet, yunnan untuk mengumpulkan 54 budaya yang berbeza etnik masyarakat di China. Memikul 15 kilogram barangan termasuk makanan dan alat muzik. Album ini telah terjual 40,000 salinan pada hari ke sepuluh dan selepas sebulan ia terjual 300,000 salinan. Pada tahun ini leehom dilanda satu khabar angin yang langsung tidak munasabah. Di cop sebagai GAY hanya kerana tidak bercinta dengan mana-mana perempuan. apa yang paling melampau bila dia dikatakan dibayar NTD60 million oleh CEO Yulon Group, K.T. Yen untuk bercuti bersamanya di jepun.

Tahun 2005 adalah tahun yang penuh dengan kemanisan. Tahun ini dia melancarkan album ke 11nya, Heroes of earth. Album ini terjual sebanyak satu juta salinan dalam tempoh 10 hari. Spekulasi tentang leehom GAY telah terhapus begitu sahaja bila dia mengambil Shu Qi sebagai model dalam muzik videonya, the first morning. Khabar angin leehom bercinta dengan Shu Qi hangat diperkatakan semua media. Ada juga peminat yang menangkap gambar mereka di jepun sedang memilih barang kemas. Media hongkong pula telah mendakwa mengintip pasangan itu selama 72 jam di kondominium shu qi. Waktu itu leehom hanya senyum dan membalas, ‘kualiti gambar kamu langsung tidak profesional..kamera apa yang kamu pakai?’ pada tahun ini leehom telah berlakon satu lagi cerita jepun, ‘starlit highnoon’ leehom telah memegang gelaran ‘high quality idol’ dan ‘the king of golden hits’ begitu lama. malah ada lagi gelaran seperti ‘the heroes of chinese pop’, ‘the king of ballad songs’ dan banyak lagi. Tahun 2005 menyaksikan karier leehom berjalan dengan baik, dia mendapat pengiktirafan dari banyak pihak. Kesibukan menjadi lambang dia menuju dan sedang menikmati kejayaan.

Konsert mengelilingi dunia ‘heroes of earth’ satu penghargaan besar kepada peminat dan leehom sendiri setelah penat mencipta muzik yang baik pada tahun ini, 2006. Setiap konsertnya telah berjaya dan kehabisan tiket. Leehom membuka tirai tahun 2006 dengan membuat perjumpaan peminat di malaysia dan beberapa negara lain. Konsert pertama untuk heroes of earth world tour concert menarik 260,000 peminat setianya di Taipei Arena, Taipei, Taiwan . Di shanghai, konsertnya telah dihadiri 80,000 orang peminat dari China dan seluruh dunia. Pada tahun ini, satu berita tergempar telah tersebar luas dan mendapat kritikan dari kelab peminat leehom, iaitu ‘leehom palsu’. Satu blog bebas yang menggunakan nama leehom telah menarik 800,000 orang peminat untuk menyertainya. Bagaimanapun leehom mendakwa dia tidak mempunyai blog dan dia memberi peringatan kepada peminat agar berhati-hati. dia tiada masa untuk menulis blog dan dia hanya pergi ke website kelab peminatnya atau forum dan membaca komen dari peminat. apa yang perlu diperbaiki akan diperbaiki. kadangkala dia akan tinggalkan komen juga tetapi hanya menggunakan nama 'anonymous'. satu-satunya laman online yang dia ada adalah facebook yang baru dibuka pada tahun 2009. ia menarik seramai 706, 826 peminat. kata leehom lagi, internet adalah sesuatu yang menakutkan. pada hari pertama facebooknya dibuat, 300,000 orang telah menambahnya sebagai kawan. Tahun ini leehom memperbaharui kontraknya dengan SonyBmg musics Taiwan dan dibayar 40 juta. Leehom didakwa sebagai artis berpendapatan paling banyak selain Jaychou dan Jolin Tsai. Bayaran kontraknya sendirian bersama celcom malaysia sahaja 20juta. Syarikat minuman dari Wahaha telah membayar leehom sebanyak 250 juta. leehom adalah artis yang paling banyak menerima tawaran iklan dan persembahan, antara produk yang menggunakan leehom sebagai jurucakap adalah celcom malaysia, mcdonald, lays, feel 100%, cotton usa, cassatt, fossil, bulova, wahaha, sony ericsson, Ibm, Nestle cheerious, suzuki, cybershots, coca cola, pepsi, segames, bousch & lomb, vaio, head & shoulder, Nikon, Lipton, Brand..dan lain-lain. pada tahun ini tidak semua orang tahu yang leehom pernah terlibat dalam kemalangan ketika ribut taufan di New York. Nasib baik waktu itu, ibunya telah menyelamatkannya. Kalau tidak , leehom yakin dia takkan berada di sini lagi. Pada pertengahan tahun ini, jadualnya begitu sibuk. Ada satu kali itu, leehom pulang dari luar negara, dia dipanggil panda oleh wartawan sebab ada ‘eye bags’. Dia terus sahaja ke sidang akhbar Fossil dengan pakaian yang peminat bagi, selepas itu dia ke hospital melawat xiang xiang(peminatnya yang mengidap leukimia). Leehom beritahu xiang xiang ‘sy harap awak akan sembuh. Dan selepas awak bertambah baik, kita boleh keluar bersiar-siar dan bermain baseball bersama.’ Waktu itu leehom memakai topi, tetapi wartawan nampak leehom telah menitiskan airmata disebalik wajahnya yang cuba disorokkan. Semasa persembahannya di Taichung, leehom telah menangis dan tak mampu menyanyikan lagu ‘kiss goodbye’ kerana komposer yang rapat dengannya juga kawan yang baik baginya telah meninggal dunia dan dia tidak dibenarkan mengambil cuti.

Tahun 2007, leehom telah melancarkan album ‘change me’ di mana ia membawa konsep ‘menjaga alam sekitar’ . sewaktu dia menyuarakan pendapatnya untuk menggunakan tema alam sekitar, pihak syarikat telah memarahinya. Tetapi leehom bertegas dan yakin dia mampu mengubah dunia, jika dia mengubah diri sendiri. dia harap dapat mengubah persepsi golongan muda terhadap alam sekitar. Untuk lebih sayang dan peka kepada alam sekitar. Leehom seorang yang bersifat ‘environment friendly’. Selain menggunakan kertas kitar semula untuk album dan poster ‘Change Me’, dia membuat persembahan di universiti bagi mempunyai hubungan rapat dengan golongan muda, malah leehom menggunakan chopstik besi yang boleh dicuci. Leehom juga menyarankan peminat tidak membazir air dan elektrik. Di satu temubual, wartawan tanya leehom, adakah dia akan memarahi seseorang yang telah membuang sampah di depannya? Leehom jawab, ‘tidak, saya akan kutip sampah tersebut di depannya dan buang ke dalam tong sampah tanpa bercakap apa-apa..’ itu cerita tentang leehom dan alam semulajadi. Pada tahun ini, leehom telah berlakon di dalam cerita pengarah oscar ‘ang lee’ iaitu ‘lust caution’. Filem dan jadual yang sibuk, telah menyebabkan leehom kehilangan berat sebanyak 10 kilogram. Apa yang menggembirakan, pendapatan leehom pada tahun ini adalah, 2.88 billion, sekaligus mendapat tempat pertama di dalam TOP Earner mengalahkan Jaychou.

Pada tahun 2008 banyak perkara telah berlaku, termasuk gempa bumi di sichuan,china. Leehom telah mendermakan sebanyak NTD 310,000. Pada tahun ini dia telah membuat lawatan ke Laos semasa sambutan ‘Thankgiving days’ yang sepatutnya disambut wajib bersama keluarga. Dia telah menulis sebuah buku tentang pengalamannya di sana. Selepas diberitahu tentang gempa bumi di sichuan, leehom telah mengambil keputusan mendermakan semua royalti jualan buku yang dia dapat. Pada tahun ini leehom telah membuat persembahan besar iaitu pada acara penutup Olympic 2008 di beijing. Malah lagunya ‘one world one dream’ menjadi lagu tema olimpik di seluruh dunia. disebalik berita baik pasti ada berita buruk. Pertengahan tahun 2008, dunia hiburan cina telah di kejutkan dengan skandal seks leehom apabila akhbar kanada telah melaporkan gambar-gambar lucah Edison Chen sebagai Leehom. Waktu itu kebanyakan kelab peminat leehom telah menfailkan saman kepada syarikat penerbitan tersebut.. ternyata ia bukan leehom. Ia adalah skandal seks Edison Chen dengan Gillian Cheung. Pada tahun ini juga, tersebar luas yang kononnya leehom menggunakan gerak bibir sahaja semasa membuat persembahan di China. Berita ini telah ditimbulkan oleh salah seorang ahli kumpulan Super Junior M. peminat leehom tidak dapat menerima pengakuan Zhou mi(super junior M) lalu menyiasat perkara tersebut. Zhou mi berkata ‘leehom mempunyai suara yang hampir sama dengan saya, dia hanya menggunakan gerak bibir pada hari itu kerana masalah visa. Saya yang membantunya.’ Zhou mi hanya menjatuhkan diri sendiri. leehom sudah bergelar artis lebih dari 10 tahun. Sedangkan dia hanya pendatang baru. Dia juga berkata dia ada pergi konsert leehom pada tahun 2003 sedangkan konsert leehom hanya bermula pada tahun 2004 di negara itu. Peminat sudah boleh berfikir sendiri yang mana benar yang mana palsu. Pada tahun ini leehom dan syarikatnya telah menyaman sebuah syarikat penerbitan dari India kerana menciplak lagu leehom ‘zhu lin zhen zu’ dan dijadikan soundtrack dalam filem lakonan saif ali khan ‘Race’ dan dinamakan Zara Zara Touch me. Jumlah saman adalah USD700,000. leehom telah melancarkan albumnya yang ke 13 iaitu heartbeat pada penghujung tahun itu. Dia juga telah berkerjasama dengan Hongkong symphony ochestra dengan membuat persembahan di negara itu. Menjadi konduktor, penyanyi, pemain gitar, dan violin.

Tahun 2009 leehom begitu sibuk dengan musicman world tour concert yang singgah di negara-negara peminat setianya. Jarak masa konsertnya begitu dekat, iaitu tidak sampai sebulan. Dia tidak mengeluarkan sebarang album penuh pada tahun ini. Hanya filem barunya bersama Jackie Chan sahaja diterbitkan, The Big soldier. Tahun ini mungkin tahun yang penuh dengan kepenatan. Dia menggelarkan diri sendiri sebagai ‘musicman’ dan mengelilingi dunia menghargai peminat. Pada tahun ini leehom telah membeli satu kereta terpakai untuk diri sendiri iaitu kereta jenama Mazda.tahun ini leehom ada ke Sierra Leone selama 2 minggu bagi mengikuti program world vision. dia telah menaja 10 orang kanak-kanak. leehom berkata, 'saya dah jadi ayah... sekarang anak saya dah 20 orang...' 10 kanak-kanak telah ditaja semasa dia di laos. itu cerita tentang leehom, apa yang paling membanggakan, kelab peminat leehom dari malaysia telah mengutip derma dan menaja kanak-kanak di sierra leone atas nama leehom. kelab peminatnya mendakwa, ini adalah hadiah hari jadi untuk leehom.

tahun 2010, leehom memberi peminat satu karya baru ‘love in disguise’, filem sulung arahannya. Dia lah pelakon, dialah penulis skrip, dialah pengarah. Albumnya yang dijangka akan dilancarkan pada bulan julai telah ditangguhkan ke hari yang sama filemnya ditayangkan iaitu 13 ogos 2010. Leehom telah membawa gelaran ‘pengarah’ pula. Ia adalah satu perubahan dan pembaharuan yang baik.
16 tahun “Musicman is back!”... awal tahun yang sunyi. Tiada album, tiada filem, tiada konsert dan perjumpaan peminat. Golden melody award pada tahun ini, leehom tidak membawa pulang apa-apa anugerah pun, apabila Jaychou mendapat pengiktirafan lebih banyak. Bagaimanapun dia masih mendapat enam anugerah pada Astro Myfm award yang diadakan di Malaysia. Pada bulan jun, filem terbarunya dilancarkan, dia memegang watak sampingan di dalam filem ini, the great revival. Walaubagaimanapun, filem ini tidak ditayangkan di malaysia, atas alasan ia menyentuh sensetiviti komunis dan sejarah negara. album terbarunya bakal di lancarakan pada bulan 10 tahun ini.
16 TAHUN cukup menjelaskan kepenatan dan kejayaannya. Tetapi ia lebih kepada satu kepuasan dalam perkara yang disukai. Muzik memberi kehidupan kepada leehom dan peminatnya. Tanpa muzik, apa lagi yang leehom mampu dan akan dia buat. dia hidup demi muzik. mungkin benar kita mampu bercakap apa sahaja tentangnya. kita mampu menuding jari dengan mudah. walauapapun yang terjadi, dia masih wangleehom. seorang lelaki cina yang begitu mencintai muzik. seorang lelaki berperasaan yang mahu dicintai dan mencintai. seorang lelaki yang berharap ada keluarga dan anak sendiri. dia mungkin tidak kisah apa yang telah terjadi pada diri sendiri. dia mungkin tidak mahu ambil kisah apa yang berlaku di sekelilingnya. tetapi hidup itu, muzik itu..dia telah pun pilih. kita belum tentu diiktiraf peka dan menyokongnya hanya bila kita pergi ke konsertnya. ada banyak cara lagi untuk menunjukkan betapa sayangnya kita pada dia. bagaimana muziknya mengubah kita..bagaimana kita menghormati hak dan kehidupan peribadinya, bagaimana kita menjaga maruah dan menghargai usaha serta muziknya...itu adalah yang terbaik. 16 tahun ini sudah cukup menggambarkan sebuah keperitan, kesedihan, kegembiraan, kejayaan, penyesalan, dan ketulusan....

Happy 16th anniversary to Leehom dalam dunia muzik (13aug), first debut (dec 1995) semoga saya berpeluang untuk ada dalam muzik awak 16 tahun lagi.. dan seterusnya...