Monday

26 April 2010

Monday.. i love monday...

hari ini saya bangun dengan semangat yang baru, hari yang baru, perasaan yang baru and of course citarasa yang baru.. tapi masih dengan lagu yang sama..hehehe big bang all the time..hahaha

i miss g-d..

tak sabar nak menunggu ke petang.. semestinya black & white..

pagi yang indah ini, saya sibuk menulis diari saya untuk 3hari yang lepas.. tak cukup masa untuk updated.. saya banyak lagi kerja nak dibuat sepanjang hari ini.. selepas masak, buat kerjarumah... saya sambung online dan mencari maklumat untuk assignment saya.. aiya, so tired.. mencabar akal dan kesabaran saya... a lots and tired.. tapi kena buat sampai habis dan berikan hasil yang terbaik..

kerja bertimbun-timbun, tak tahu nak buat yang mana satu dulu.. ada jadual, tapi tak dapat follow dengan baik.. saya tepaksa manage nya sendiri.. mungkin perlu arrange jadual yang baru..

tengahari yang menyenangkan.. cerita tasbih cinta hari ini... haish... ni nak melepaskan geram ni... jojo dengan bella memang bodoh....rafi sememangnya dah bodoh sejak azali... tapi dia cerdik sikit tu yang leh buat rancangan macam-macam... kalau tak dapat nak hold janji dan cinta... buat pe nak bercinta and meneruskan perkahwinan lagi.. buang masa je... geram!!! emosi ni..

3 perkara penting yang saya pegang dalam perhubungan cinta adalah.. Trust, Understanding, and love... i don't need anything else... just its... jangan cintakan saya jika tak percaya pada saya, jangan kata cintakan saya jika tak memahami saya, jangan kata cintakan saya jika tak sayangkan saya...

cinta satu topik yang sangat jauh dan luas.. jika tak mempunyai minat yang sama, boleh ke menerima pasangannya, boleh ke memahami kehendak pasangannya, boleh ke mempercayai pasangannya..? ia berkait rapat dan sentiasa saling berhubung... ia adalah satu pemahaman yang paling ringkas dan mudah..

tak sama minat tak pe.. tetapi saling melengakapi dan menerima seadanya.. complete...! sama saje.. mampu buat atau tidak itu adalah persoalannya.. saya tak kisah pasangan saya nak belajar hingga ke negara mana sekali pun, saya tak kisah berapa jauh jarak kami, saya tak kisah berapa lama kami harus bercinta sebelum menempuh alam perkahwinan pula... saya benar-benar tak kisah.. tetapi 3 perkara tadi harus dipegang dengan kuat.. jika salah satu hilang atau menjauhi kami... apa lagi yang tinggal??? bila berbulan-bulan tak bertemu, ia tak menjarakkan kami dan menjadi alasan untuk segala-galanya renggang... orang kata semakin jauh dan semakin lama tak bertemu, perasaan semakin dalam.. rindu itu pasti semakin tebal.. ye, memang benar.. bila saya dan teman lelaki tak bertemu selama berbulan-bulan, tapi bila dia balik.. saya rasa semuanya terlalu manis.. banyak yang dah berubah.. malah dapat rasakan hubungan cinta ini semakin kuat..

saya tak beritahu orang jika saya rindukan dia.. topik tentang hubungan saya dan teman lelaki, satu topik yang terlalu privasi untuk dibincangkan.. semakin banyak dibualkan, peratusan yang ingin mengambil tahu semakin besar..

bila saya rindu si dia, saya akan emailnya atau telefon..

semakin lama hubungan kami, semakin saya memahami dia.. cukupkah beberapa bulan untuk memahami orang yang kita sayang..? pada orang lain, mungkin ia tempoh yang panjang. tidak pada saya.. saya benar-benar bukan orang yang mudah menerima segalanya. tak semestinya bila dia sudah menjadi teman lelaki kita, dia boleh buat sesukahatinya.. hubby, ingat ni,tempoh ujian awak sedang berlangsung..prestasi awak yang menentukan kedudukkan awak dalam hati saya.. jangan buat saya sedih, jangan buat saya marah...ok..

saya cukup sedar saya banyak kelemahan. ramai orang yang tak tahu saya seorang yang panas baran tapi mudah menangis..saya cukup pasti ramai yang tak tahu. saya selalu fikir, diri saya je benar.. orang lain kena ikut keputusan saya.. itu adalah diri saya.. saya benar-benar tak mampu nak ubah.. orang lain rasa saya lemah lembut.. ye, memang, saya cakap dengan lembut.. tapi bila orang buat saya marah, semua bahasa pun keluar. saya nak orang yang saya marah tu tahu saya tengah marahkannya..

tak boleh nak buat apa.. itu adalah sifat saya. setiap orang ada kelemahannya yang tersendiri. tetapi saya menjadikan kelemahan itu satu kelebihan.. saya ada keputusan sendiri, pendapat sendiri untuk setiap perkara yang saya buat... saya tak perlu orang lain untk memberi pendapat..itu adalah saya.. dan yang pasti samasekali saya takkan menyesal dengan keputusan yang saya buat..

begitu juga, teman lelaki, saya tak menyesal memilih dia menjadi sebahagian dari hidup saya.. mulanya saya mungkin rasa, dia tak sesuai untuk saya, dan saya tak sanggup melalui satu kehidupan yang memenatkan.. saya ambil perkara itu jadi mudah.. saya tak mahu serius dengan apa yang dia buat untuk saya.. tapi mungkin ni semua tuhan dah tulis dalam diari hidup saya yang dia adalah sebahagian dari diri saya.. saya tak mampu menjauhi dan tolak.. saya cuba menerima dirinya seadanya. begitu juga dia..

tak tahu siapa yang banyak mengalah kerana nak semuanya berjalan dengan baik.. bila seorang yang panas baran bertemu dengan seorang yang tak fikir terlalu banyak..tak pasti ia satu yang baik atau tidak.. saya tahu dia banyak mengalah kerana saya. saya tak pasti bila dia temankan saya pergi event leehom kerana minat sendiri atau cemburu.. saya tak pasti bila dia tak cakap dengan saya, dia betul-betul marah atau dia sengaja tak nk bergaduh dgn saya.. saya tak pasti bila saya menangis di depannya, adakah dia betul-betul memahami saya dan apa yang saya nak.. walaupun kdgkala saya tak rasa perasaan di ambil berat olehnya, saya tahu dia sentiasa mencari alasan untuk memikirkan tentang perkara yang saya buat..

saya benar-benar tak pasti.. hubungan cinta saya ni sesuatu perasaan yang pasif atau apa.. tak selalu menunjukkn perasaan cinta... tapi saya yakin ia sentiasa ada..

kadangkala, saya cuba mendalami perasaan cinta saya padanya.. adakah saya terlalu sibuk dengan aktiviti lain sehingga tak kisah tentang perasaan si dia.. satu-satunya kesilapan saya mungkin ketika saya bekerja di restoran. sebenarnya susah untuk membuka satu kisah yang dah berlalu dan pahit untuk diterima orang sekeliling.. sewaktu saya kerja di restoran, saya rasa saya dah jatuh cinta pada bos saya.. saya tak sedar kesilapan yang saya buat.. sehingga teman lelaki nak putuskan hubungan kami sebab dia rasa bukan dia sebenarnya lelaki yg saya cintai... waktu itu saya benar-benar tak tahu kenapa semuanya jadi macam ni dan kenapa tuhan jadikan semuanya seperti ini.. tapi sampai sekarang saya rasa marah pada teman lelaki sebab dia tak cuba mempertahankan perasaan cintanya pada saya.. walaupun semua tu dah setahun lebih berlalu, walaupun pada asalnya ia adalah 100% kesilapan saya sendiri.. saya tetap nak marah dia.. pada saya, dia tak boleh sewenang-wenangnya lepas tangan mcam tu je.. walaupun dia tahu saya mula sukakan orang lain.. dia mesti kena hold janji dan cinta 2 sampai saatnya betul-betul berakhir.. walaupun salah seorang dah hampir lepas tangan, mungkin jika dia tarik kembali tangan saya, segalanya akan jadi lebih kuat dari dulu.. siapa tahu kan..

kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku dalam hidup kita kemudian.. saya tak terfikir untuk jatuh hati pada orang lain sedangkan saya masih dalam perhubungan cinta dengan teman lelaki.. ye, saya benar-benar salah kerana mempergunakan kepercayaan yang dia beri.. banyak perkara yang mendewasakan kita.. cuma kita tak sedar bila ia berlaku..

apa yang berlaku ini , salah satu ketidaksempurnaan diri saya..

ia bukan cerita jenaka dan rekaan... ia benar-benar berlaku dalam hidup saya.. adakah ia satu permainan yang dicipta tuhan untuk saya, saya sendiri tak pasti.. tetapi perkara ni benar-benar mendewasakan saya dan membuat saya fikir lebih dalam... tentang perasaan cinta saya pada si dia..bila di fikir kenapa semuanya jadi seperti itu.. dulu saya asyik merungut, 'saya penat, saya penat...' bercinta dengan lelaki yang bukan sebangsa dengan saya.. saya meluahkan perasaan pada semua kawan-kawan saya... saya langsung tak fikir tentang perasaan si dia.. sedangkan kami dalam situasi yang sama saje.. tapi entah kenapa dia lebih tenang dari saya menghadapai semua itu..

saya mengaku, saya tak bersyukur tentang apa yang tuhan kurniakan pada diri saya, iaitu kehadirannya.. saya selalu terfikir, si dia seorang yang sangat baik.. tetapi dalam hidup ini, bila kita bertemu seseorang yang baik dan sesuai dengan diri kita, kita mesti akan terfikir..adakah kita akan bertemu dengan seseorang yang lebih baik dari dia di masa hadapan??itu lah apa yang terjadi pada saya bila saya bertemu dengan bos restoran itu.. perkara pertama yang saya fikir, 'mungkin dia adalah seseorang yang lebih baik itu..'

saya tak marah dan berdendam pada bos saya.. sebab kehadiranya mengajar saya untuk menerima dan bersyukur tentang apa yang saya ada.. dia adalah seorang kawan yang baik.. cuma perasaan saya waktu itu terpesong sedikit pada dia...

perkara ni dah selesai lama.. saya tak pasti jika teman lelaki masih menyimpan dan mengambil hati tentangnya.. hubby, i'm sorry.. i'm really sorry.. saya pun tak nak semuanya jadi macam tu.. tapi saya harap perkara ni bukan jadi masalah, jurang dan dendam pada diri kita. sebaliknya kehadiran perkara ni lebih merapatkan kita lagi, dan kita lebih memahami antara satu sama lain.. saya dah 22 tahun, awak dah 24 tahun.. kita dah cukup dewasa untuk mengambil sesuatu yang baik dan melepaskan apa yang buruk..

ingat, hubby, walauapapun yang berlaku, awak mesti kena hold trust dan love kita... walauapapun yang berlaku..macam lagu yang selalu kita dengar dalam kereta... 'this i promise you..'.. awak mesti kena hold.. sebab saya tahu saya lemah dan mudah cair dengan pujukkan orang.. awak satu-satunya orang yang saya harap dapat pegang janji kita.. ingat..jangan lah kita berpisah kerana orang di sekeliling kita.. biar lah kita berpisah kerana kematian, tuhan, dan cinta yang dah tak ada dalam diri masing-masing... jika bukan kerana semua sebab itu.. sampai mati pun saya tak kan berpisah dengan awak... pembaca blog ni adalah saksi saya...hehe its truly from my heart..
saya tak bergurau..

orait... black & white hari ini tentang chen za tian... tak sangka orang yang ubah chen zai tian selama ini adalah ayah chen lin... saya semakin yakin tekaan saya benar... orang takkan lakukan semua itu tanpa sebab yang munasabah.. bila ayah chen lin cakap, 'dia sangat penting pada saya' saya yakin, ia satu hubungan darah...hehehe
ying xiong, betul-betul tak leh tahan tengok muka dia... hensem giler la...adik saya asyik cakap, macam leehom... ada lah sikit, tapi tak tahu apa.. suara dia seksi...hehe mcm shao wei... ying xiong memang hensem sangat-sangat...lebih-lebih bila dia pakai jaket hitam..hensemnya...perfect..!!

9.30malam.. hari ini Navy NCIS, tentang budak yang memiliki pestol.. saya dah jangka budak perempuan tu yang bunuh.. sebab sejak awal lagi kehadiranya mencurigakan.. kadangkala, orang yang biasa je and buat tak tahu tu la suspek sebenar...hahaha tapi saya tak faham tentang budak lelaki kecik tu... nape dia cakap ayah dia yang bunuh?? and nape plak dia mati-matian melindungi orang yang membuNuh??? sebenarnya dia tahu ke tak kakak dia yang membunuh lelaki tu secara tak sengaja???e...pelik lak...hehe

nak tidur... mengantuk gler!!!!!!!!!!!!!!!!!

gud nite..