Thursday

29 April 2010

Annyeong Haseyo!!!

morning...

hari khamis yang bosan.. tak, sebenarnya.. sepanjang hari menonton tv dan online... aiya.. pening-pening, my assignment not finish yet.. banyak lagi maklumat yang perlu di cari dan di kaji.. so tired but still okay..

today, i cook 'udang masak lemak cili api..' i like spicy.. i put a lot of chili.. haish... hao chi(sedap)...hehe

today Tasbih cinta...geramnya dengan Rafi... comel time dia jadi hipokrit... cute sangat... habislah kasih dah tahu dia jahat... ramai orang nak tentang dia.. dia cool je... jojo dengan bella bengal betul.. orang macam dorang pun ada... haha betul ke bila pasangan kita buat kesilapan yang teruk, kita terus benci dia begitu sahaja???

pelik kan, kadangkala, kita kenal pasangan kita lebih lama. malah kita lebih kenal dia dari orang di sekeliling kita... tapi kenapa kita mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain yang bukan sesiapa pun dalam hidup kita..? setiap kali pun saya terfikir, adakah cinta mudah di buang begitu sahaja??? dakah cinta mampu diragui begitu sahaja? adakah bila pasangan kita membuat satu kesilapan yang kecil mahupun yang paling besar... adakah cinta itu terus bertukar menjadi benci dan dendam???

tak rasa sayang ke??? sedangkan kita dah berkorban terlalu banyak deminya.. kita dah lalui banyak perkara dengannya... semudah itu untuk melupakan orang yang kita sayang??? semasa saya bekerja dulu, saya kenal seorang lelaki yang saya gelarkan 'sugar daddy ke 3' saya...hehe nak kata dia banyak duit, tak... nak kata dia hensem..tak.. tak tahu kenapa saya rapat dengan dia.. tapi saya rasa saya tahu apa sebabnya.. dia adalah 'kawah gunung berapi saya'... menelan segala perasaan sedih saya...hahaha

dia seorang lelaki yang dah berkahwin.. dia selalu beritahu saya.. dia tak cintakan isterinya.. dan mereka dalam tempoh perceraian.. pada saya, sayangnya... takkan semudah itu untuk bercerai??? kalau tak ada cinta pun sebelum kahwin.. pasti ada perasaan sayang bila dah 10tahun bersama.. hee... rasa sayang sangat... kalau saya jadi dia, saya akan pertahankan hubungan itu... biarlah hanya kita seorang yang berusaha keras, sekurang-kurang kita dah berusaha hingga saatnya betul2 berakhir.. mana tahu cinta yang tak ada akan jadi ada kerana dia terharu pada kegigihan kita.. kalau tak kerana diri sendiri, biarlah kerana anak-anak.. kadangkala, anak-anak juga boleh jadi penawar dan cinta..

memang terkilan la.. saya pernah cuba merapatkan mereka semula, tapi isteri dia salah faham saya ada affair dengan suaminya plak....hahaha haish.. pelik la manusia ni.. kalau saya suka kat suaminya, takkan lah saya baik hati nak dorang berbaik... siap hantar mesej & berlakon jadi suaminya dan cuba berbaik...hahaha saya tahu cara saya salah... tapi saya berniat baik.. tak bermaksud lain pun..

saya berusaha untuk menjaga perasaan semua kawan-kawan saya.. tapi siapa yang jaga perasaan saya pula..?

sebenarnya apa maksud cinta??? apa maksud persahabatan? adakah ia mempunyai maksud yang sama bagi setiap dari kita?? feel free to love people around you...kan lebih baik.. jangan fikir terlalu banyak tentang orang lain... kerana tak semua orang perlu di jaga sepenuh masa.. kita ada kehidupan yang tersendiri.. kita ada jalan yang berbeza-beza... apa yang kita nak takkan sama.. apa yang kita fikir terlalu jauh untuk di bincangkan.. kerana setiap dari kita, tuhan telah lakarkan cara bagaimana, hidup bagaimana, kita yang bagaimana... terima dengan redha setiap yang telah tertulis di diari hidup kita..

perasaan terlalu mengambil berat, tak semua orang suka.. yang penting dalam hidup ini adalah privasi..

orait... Black & white hari ni... haish... ying xiong hensem sangat-sangat... setiap kali dia marah, memang hensem.. hish... lelaki hensem macam dia pun ada kat dunia ni kan.. chen zai tian dah tahu dia anak kandung ayah chen lin.. ada pembelot dalam kumpulan shan lian bila ayah chen lin ditangkap dengan pelbagai kesalahan dan tuduhan.. aiye.. sedih giler bila tengok chen lin.. tak sangka lelaki yang dia cinta selama ini adalah abang kandungnya...hehehe dorang still siasat case tu walaupun dah tak bertugas dalam unit jenayah berat.. jia you! ying xiong...

malam... penunggu gunung raya, mas berkorban... kesian giler.. ngeri part dorang minum darah lebai awang dengan time mas kena panah kat mulut... hish dahsyat sigh...
cerita kembali ke zaman perang... rasanya perempuan yang duduk dalam gua tu macam saleha je... tak tahu la..

pas cite penunggu gunung raya abis, saya tengok skyline cruiser...ini antara cerita lama yang saya suka.. selain new police story lakonan jackie chan dengan daniel wu... cute r leon lai.. shu qi pun cantik..

terpandang shu qi, teringat kat leehom..hehehe tak tahu lah dulu dorang betul-betul couple ke tak... saya tak kisah..dorang memang sesuai... sebagai fans, saya terima setiap pilihan leehom.. dia pun mesti ada kehidupan sendiri, betul tak??? leehom lelaki yang perfect, dia berpelajaran tinggi, ada MA Degree.. dia lelaki yang suka belajar benda baru... fasih dalam pelbagai bahasa asing... pandai main lebih dari 15jenis alat muzik, kaya pulak tu.. family dia kaya, intelektual-semua ahli keluarganya adalah doktor, ibunya sahaja business manager, dia sendiri pun kaya.. tahun2 lepas dia di kedudukkan no.1 terima bayaran paling banyak untuk artis di Taiwan... oh god... tapi walaupun dia kaya, pandai, berbakat, hensem... dia still peramah, baik, tak menunjuk kekayaan, dan merendah diri... kenapa ha??? mungkin dia di ajar menjadi seorang yang baik dari kecik. thank to mrs. wang ming shu... his mama.. kerana memiliki keluarga dan ibu yang perfect, maka lahir la seorang bintang, inspirasi, lelaki, dan anak yang sempurna... boleh dikira artis macam dia.. sangat-sangat kurang... terutamanya artis di malaysia, dah la bakat tak seberapa, nak kata hensem dan cantik..biasa je, kaya??? emm tengok bakat la.. entah apa yang dorang banggakan.. ada ke artis se perfect leehom???cuma leehom kurang satu je... dia bukan islam..hehe tapi not bad jugak bila orang yang bukan islam mempunyai attitude yang lebih baik dari orang yang sememangnya ada ajaran akidah.. yang ada ajaran agama tu pun minum arak, berjudi, berzina... same level je... so dun jugdes books by the cover, yang nampak baik dan beriman tu tak semestinya mereka sememangnya sebegitu.. dan yang nampak tak ada apa-apa tu... tak semstinya mereka sememangnya tak ada apa-apa.. mengkritik mereka sebelum bertemu dan mengenali adalah kaedah yang salah.. its just my opinion... tak perlu marah dan membalas, sebab saya tak perlukan pandangan dari orang yang tak mampu berfikir dengan rasional..

its okay... i love his musics not him... leehom, cepat kahwin!!! dah 34 tahun ni... haish dia terlalu busy... tak sabar nak tengok filem arahan dia 'love announcement'...and album ke 15 nya sampai malaysia in summer holiday... leehom jia you!! be yourself... stay inspire your fans with your great musics...

fans follow their artist...

peace love musics LEEHOM...