Sunday

11 April 2010

more sunday ???????????

tak lah boring sangat. hari ni saya brkfast 'Nasi goreng kampung' i like spicy...huhu
i cant live without its..hahaha


hari ahad yang ceria, kadangkala suram... makin tengahari makin mengantok plak.haha
tak sedar dah pukul satu petang bila saya asyik online..

pagi tu, ada kawan sekampung yang datang ke rumah. rindu gak dengan dia. tak banyak benda nak cakap. tak banyak benda nak di jawab. dia hanya meluahkan perasaan tentang sepupunya yang sudah 'habis' kerana percaya dan terlalu sayangkan boyfriend sendiri..

eemmm... benda seperti ini terlalu banyak berlaku. saya tak mahu komen terlalu jauh sebab saya juga seorang gadis. tetapi saya bangga saya mampu mempertahankan maruah saya sehingga ke hari ini. walaupun saya seorang yang gila-gila... dan mengamalkan satu kelas kehidupan yang sangat bebas, saya rasa tidak perlu bertindak keterlaluan sehingga memberikan semuanya pada teman lelaki. hanya orang bodoh je yang akan percaya 'memberikan tubuh sendiri adalah janji sehidup semati'

saya seorang yang tak mudah menolak apa-apa pun.. saya lembut hati dengan pujukan lelaki..kenapa saya menghormati teman lelaki saya sebagai seorang lelaki, sebagai seorang kawan, sebagai seorang tunang? satu saje sebabnya, kerana dia menghormati saya sebagai seorang perempuan.. saya tak marah dan berdendam pada bekas teman lelaki yang pernah menyentuh saya... itu adalah kerana kebodohan saya sendiri kerana tidak menolak... saya tak perlu marah, cuma saya pandang rendah pada mereka... pada saya, lelaki yang sesukahati menyentuh teman wanitanya, atau sesiapa saje..mereka adalah orang paling lemah, paling rendah kedudukkannya dalam hidup saya. malah boleh jadi bukan sesiapa pun.... kerana pada saya, seorang lelaki atau teman lelaki yang baik, dia akan berusaha melindungi kesucian orang yang dia sayang, kesucian teman wanita yang dia sayang...

ahhh....lupakan tentang mereka yang tak mampu berfikir dengan baik.. masihkah cinta jika serahkan segala-galanya dengan mudah??? sedangkan umurnya baru 16tahun.. saya semakin risau dengan adik perempuan saya...

hidup ini sebenarnya bukan lah rumit sangat. kita sendiri yang buat semuanya jadi rumit... buat apa nak fikir terlalu banyak, sedangkan jawapannya hanya NO or YES saje... its so simple..

setiap yang akan berlaku adalah keputusan kita...
bukan orang lain yang tentukan..

mari kita masuk ke slot kegemaran saya, menonton tv la...

hari ini,Nodame Contabile.. kesian nodame sebab tak dapat membuat persembahan piano depan cikgu auclair dengan baik. tak tahu kenapa dia nak buat sebaik Sun rui... seharusnya kita ada cara sendiri untuk menonjolkan diri kita... sama macam kehidupan kita...tak best la kalau hidup kita mendatar saje, dan sama dengan cara hidup orang lain... kita mesti ada pandangan kita yang tersendiri...

No limit... Eh, U-know nampak kiut la... dia dah jadi pemain bola semula. dia masuk ke FC SOUL... tak sabar nak tengok episode akan datang dia sebagai pemain bola profesional...

Guess Guess Guess dan Ho chack.. macam biasa... ada JJ plak..hehehe kelakar dan sedap.. saje ungkapkan dengan satu perkataan je, penat lah nak tulis panjang2...hehe

malam... Ultimate Power Group.... malam ni persembahan Super Bang berunsur Jazz.. walaupun saya kurang suka Jazz, rasanya persembahan mereka memberi satu pandangan yang berbeza. saya suke persembahan Coco Boy, lagu Jam berbeza sangat dengan tambahan jeritan dan suara latar... nasib baik dorang tak terkeluar... hari ini Fly tersingkir... banyak2 penyingkiran UPG, saya paling tak puas hati Igirls dan kumpulan dua orang badan besar tu terkeluar. saya lupa nama meraka...hehehe jgn marah..

saya dah mula mengantuk dan takut bila jam 12.40malam..
i need go to sleep now...

wan an!! (gud nite)